Thursday 29 December 2011

"KISAH POHON EPAL"

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “


Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.


“Maaf anakku” kata pohon epal itu.

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.







Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.


Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat


Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.


Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta


Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..




Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..

Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.
Amin

Sumber: akuislam.com

Friday 23 December 2011

Khair Ad-Din (Hayreddin) Barbarossa Pasha

Ada kisah disebalik nama.......................aku nak kongsi bersama ngan korang sume kisah disebalik nama ni...kalau taip je kt google, yahoo or any search engine korg akan dapat baca pasal kehebatan nama ni...jadi kt sini aku nak kongsi ngan korg sumer serba sedikit mengenai orang yang punya nama ni...jom kita sesama mengenali siapakah dia Khair Ad-Din ni,,

Khair ad Din (Khairuddin) mempunyai empat orang adik beradik iaitu : Ishaq , Aruj , Ilyas dan Khizer, yang dilahirkan pada 1470-an di pulau Lesbos....Bapa beliau adalah YakupAga, seorang yang berbangsa Turki manakala ibunya adalah seorang Greek.
Nama asal beliau ialah Yakupoğlu Hızır (Hızır, anak kepada Yakup) Hayreddin. (Bahasa Arab: Khair ad-Din yang bermaksud Kebaikan agama islam/  Sebaik-baik Agama Islam)nama yang diberikan kepadanya oleh Sultan Sulaiman.. Khair ad-Din juga dikenali sebagai Barbarossa (Redbeard dalam bahasa Itali) di Eropah, nama dia diwarisi dari abangnya Oruç (Aruj) selepas Oruç terbunuh dalam pertempuran dengan pihak Sepanyol di Algeria. nama ini kedengaran seperti "Barbarossa" (Redbeard) kepada orang Eropah, dan Oruç memang mempunyai janggut merah. nama samaran itu juga telah diwarisnya.

kehebatan beliau....
Barbarossa ertinya janggut merah. Orang berbadan besar yang berjanggut merah dalam sejarah dunia ada tiga orang, iaitu kaisar Frederick I Romawi (1123-1190) dan adik beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki.
Islam pernah menguasai Andalusia, dari segi kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi..Bangsa barat (Eropah) berasa kagum dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Bani Abbasiyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristen dan Yahudi hidup rukun selama dua abad lebih di waktu itu. Dalam era Perang Salib, Eropa melancarkan misi Reconquista yaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu kota-kota dengan peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan puncaknya Granada jatuh di tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia tersebut terpaksa melarikan diri  ke Afrika utara kerana misi Reconquista dilanjutkan dengan misi pembersihan kaum muslim, sebahagian daripada mereka ada yang murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pegunungan. Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon bernikah dengan ratu Isabella dari Castille,atau dikenal sebagai Ferdinand V dari Kastilia. Ferdinand merupakan seorang Khatolik yang fanatik. Kaum muslim dan Yahudi dibunuh diera kepemimpinannya. Masjid Cordoba yang bertiang 1000 ditawan dan dijadikan gereja, begitu juga Alhambra yang hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan timur tujuan utama beliau, ialah tanah suci Jerusalem((palestin). kejatuhan Andalusia ini diketahui oleh Turki yang pada waktu itu dipimpin oleh Sulaiman I yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Aruj adalah seorang pelaut biasa yang selalu berlayar di perairan Yunani dan Turki. Suatu hari kapalnya diserang oleh tentera St. John dari Jerusalem atau lebih dikenali sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah mengorbankan adik bongsunya Sejak saat itu Aruj dan Khairuddin telah menentang(menyamun) semua kapal laut tentera Kristian.
captain Hector barbarossa

Perkara  ini sangat menggemparkan dan sangat menakutkan pihak Kristian, dikenal sebagai serangan laut Barbarossa Bersaudara kerana keduanya berjanggut merah. Makna 
 negatif Barbarossa dipropagandakan sehingga hari ini melalui filem dan komik seperti perampok dalam komik Asterix dan film Pirates of Carribean, walaupun jalan cerita adalah berbeza tapi ia menjurus kepada penghinaan kpd pejuang islam itu.

 Misi dendam Aruj akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam(jihad) setelah mendengar jatuhnya Kerajaan Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor berjaya diselamatkan ke negeri-negeri Afrika utara seperti Maroko, Tunisia dan Aljazair, dan Aljazair dijadikan markas pertahanan lautnya.
Kerajaan Aljazair tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim at Toumy , beliau telah mengusir Barbarossa sewaktu pertempuran dengan pasukan Kristian dari Sepanyol. Aruj mengambil keputusan mempertahankan Aljazair dan akhirnya memimpin kota pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut pemerintah kota Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, Kepimpinan di Aljazair telah di serahkan kepada Khairuddin dan Aruj berangkat ke Tlemcen di sana beliau harus berperang dengan saudara sesama Islam, pasukannya telah tewas dan Aruj sempat menyelamatkan dirinya, tetapi ramai tenteranye telah tertangkap. Oleh Kerana hubungannya dengan anak buahnya yang terlalu akrab Aruj kembali bertempur untuk membebas rakan-rakannya tetapi beliau telah gugur. Dengan kematian Aruj kepimpinan armada laut Turki telah berpindah ke Khairuddin dan Spanyol mengira era Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah dan menyangka kemenangan adalah milik mereka. Oleh itu Sepanyol telah mengirim 20.000 tenteranya ke Aljazair, dan pertempuran hebat telah terjadi, namun Khairuddin berjaya  mengalahkan pasukan laut tersebut. Ia sedar terlalu banyak ancaman dari negeri sekelilingnya selain ancaman Spanyol, perkara ini telah memaksa Khairuddin meminta melalui Aljazair supaya pemimpin Tunisia dan Tlemcen diturunkan jawatannya atas daulat Utsmani Turki, mereka pun setuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakler Baik) atau wakil Turki di Aljazair dan memimpin pasukan Janissary, pasukan khas tentera Turki. Selama Khairuddin mempimpin, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, tercatat 7 kali pelayaran dengan 36 kapal.

ni la serba sedikit kisah disebalik nama tu yang aku ingin kongsi kan bersama ngan korang ni semua yer..ni pon aku amik dr wikipedia...hahaha..http://en.wikipedia.org/wiki/Hayreddin_Barbarossa









SALAM PENGENALAN....

1st entry yg memeningkan kepala...psl tak tau nk tulis cam ne pastu tak tau nak tulis ape...hahaa...org ade blog aku pon sibuk nak ade blog gak...so skrg ni dah ade kena la pandai2 menulis yer...
salah satu sebab untuk aku buat blog ni pun pasal salah sorg dari murid aku kata cam ni

"cikgu ade blog tak?cikgu ni tak up to date la  klu tak de blog, saya baru je 12 tahun pon dah ade blog, apala cikgu ni" 

jadi aku pon mula terfikir la pasal perkara tu....
secara tak langsung kata2 dr bdk tu telah membuatkan aku cuba utk mewujudkan blog aku sendiri..akhirnye terwujudlah  

http://khair-addin.blogspot.com/ 

nama blog yg diambil dari nama seorng armada laut yang hebat dizaman turki othmaniah...laksamana kpd 70 armada laut..iaitu Hayreddin Barbarossa atau Barbarossa Hayreddin Pasha....jika ejaan nama di translate ke BM maka jadi la ia Khair ad-Din (yg bermaksud"sebaik-baik agama") siapakah dia ni?hah..nnt aku akn kenal kan kpd kamu semua...tungguuu ye
.
.